Polisi Pertukaran dan Terma & Syarat
Polisi Pertukaran
- Semua barangan yang dijual tidak boleh dipulangkan atau ditukar, kecuali seperti yang dinyatakan di No.4.
- Wang tunai tidak akan dipulangkan dalam apa jua keadaan.
- Barang hendaklah ditukar dalam masa 7 hari dari tarikh pembelian dan mestilah dibawa bersama resit asal.
- Semua barang yang ingin ditukar akan diperiksa oleh kakitangan bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan baik sebelum pertukaran diproses.
- Barangan berikut tidak boleh ditukar kecuali jika terdapat kecacatan pembuatan:
- CD & DVD
- Majalah
- Buku yang mempunyai CD
- Buku teks
- Produk elektronik
- Kartrij dakwat & toner
- Barangan makanan dan minuman
-
- Jika produk yang dipilih untuk ditukar bernilai lebih tinggi, pelanggan perlu membayar perbezaan harga.
- Jika produk yang dipilih untuk ditukar bernilai lebih rendah, tiada bayaran balik akan diberikan bagi perbezaan harga.
Semua pertukaran produk mesti diproses di kedai asal sewaktu pembelian dibuat.
Terma & Syarat untuk Barangan Promosi
- Semua diskaun, rebat, dan skim promosi tertakluk kepada terma dan syarat tertentu bagi setiap promosi.
- Semua barangan promosi ditawarkan sementara stok masih ada.
- Harga promosi adalah tepat pada masa penerbitan dan boleh berubah tanpa notis terlebih dahulu. Jika terdapat perbezaan harga, harga pada label produk akan digunapakai.
- Baucar Promosi POPULAR tidak boleh digunakan ke atas barangan berharga bersih, barangan yang telah diberi diskaun, baucar promosi lain, atau digabungkan dengan Kad POPULAR.
- POPULAR berhak untuk mengubah terma dan syarat di atas pada bila-bila masa tanpa notis.

