Polisi Pertukaran dan Terma & Syarat

Polisi Pertukaran

  1. Semua barangan yang dijual tidak boleh dipulangkan atau ditukar, kecuali seperti yang dinyatakan di No.4.
  2. Wang tunai tidak akan dipulangkan dalam apa jua keadaan.
  3. Barang hendaklah ditukar dalam masa 7 hari dari tarikh pembelian dan mestilah dibawa bersama resit asal.
  4. Semua barang yang ingin ditukar akan diperiksa oleh kakitangan bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan baik sebelum pertukaran diproses.
  5. Barangan berikut tidak boleh ditukar kecuali jika terdapat kecacatan pembuatan:
    • CD & DVD
    • Majalah
    • Buku yang mempunyai CD
    • Buku teks
    • Produk elektronik
    • Kartrij dakwat & toner
    • Barangan makanan dan minuman
    1. Jika produk yang dipilih untuk ditukar bernilai lebih tinggi, pelanggan perlu membayar perbezaan harga.
    2. Jika produk yang dipilih untuk ditukar bernilai lebih rendah, tiada bayaran balik akan diberikan bagi perbezaan harga.

Semua pertukaran produk mesti diproses di kedai asal sewaktu pembelian dibuat.

Terma & Syarat untuk Barangan Promosi

  1. Semua diskaun, rebat, dan skim promosi tertakluk kepada terma dan syarat tertentu bagi setiap promosi.
  2. Semua barangan promosi ditawarkan sementara stok masih ada.
  3. Harga promosi adalah tepat pada masa penerbitan dan boleh berubah tanpa notis terlebih dahulu. Jika terdapat perbezaan harga, harga pada label produk akan digunapakai.
  4. Baucar Promosi POPULAR tidak boleh digunakan ke atas barangan berharga bersih, barangan yang telah diberi diskaun, baucar promosi lain, atau digabungkan dengan Kad POPULAR.
  5. POPULAR berhak untuk mengubah terma dan syarat di atas pada bila-bila masa tanpa notis.