Tentang POPULAR

Ditubuhkan pada tahun 1984, POPULAR telah berkembang pesat dan menjadi sebuah kedai buku terkenal di Malaysia – Kini, kami tersenarai sebagai rangkaian kedai buku terbesar di Malaysia oleh Malaysian Book of Records, dengan ruangan runcit lebih dari 700,000 kaki persegi.

Sehingga sekarang, kami mempunyai 82 buah kedai buku POPULAR yang terletak di seluruh negara, dengan 5 kedai buku mega di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Sebagai kedai buku tiga bahasa, kami menawarkan pelbagai jenis buku dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina, serta buku teks dan buku rujukan.

Di samping itu, kami juga menawarkan banyak pilihan termasuk majalah, alat tulis, Gajet & IT, CD & DVD, hadiah dan banyak lagi.

Justeru, untuk memudahkan produk kami diperolehi dan dibaca oleh pelanggan, POPULAR telah melancarkan laman POPULAR Online (www.popularonline.com) pada tahun 2015; di mana terdapat banyak buku Bahasa Melayu, Inggeris, Cina, buku teks & buku rujukan, Alat-tulis, CD-RAMA dan Gajet & IT yang sentiasa tersedia untuk pelanggan membeli-belah. Oleh itu, POPULAR akan melakukan penambahbaikan secara berterusan, supaya pelanggan dapat menikmati lebih banyak produk bukan sahaja di kedai buku kami, tetapi juga di POPULAR Online.

Pada tahun 2019, POPULAR juga telah memperkenalkan Aplikasi POPULAR MY, yang hadiah, pencarian sejarah transaksi, lokasi kedai, dan banyak lagi. Selain perniagaan peruncitan, Popular Book Co. (Malaysia) Sdn. Bhd. juga memiliki 2 perniagaan teras menawarkan kemudahan istimewa untuk ahli kami seperti e-keahlian, info akitiviti, ganjaran dan lain iaitu: Pengedaran dan Penerbitan Buku.

Pada tahun 2021, POPULAR telah menyertai Shopee untuk memudahkan lagi akses pelanggan secara dalam talian. POPULAR berhasrat untuk terus berkembang agar pelanggan dapat menikmati pelbagai manfaat melalui kedai fizikal serta platform dalam talian kami.

Lima buah kedai mega yang terletak di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru turut menawarkan suasana yang selesa dan santai untuk para pelanggan.

Selain perniagaan peruncitan, Popular Book Co. (Malaysia) Sdn. Bhd. juga memiliki 2 perniagaan teras lain iaitu: Pengedaran dan Penerbitan Buku.

POPULAR akan terus berusaha untuk menjadi sebuah kedai buku milenium baru yang dinamik.

Visi

Untuk berkhidmat kepada masyarakat, maju bersama masyarakat dan saling memberi manfaat kepada dunia.

Misi

Menjadi syarikat dinamik yang mengetuai industri. Membekalkan produk yang bernilai dari segi wang dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan, persekitaran kerja yang harmoni untuk orang ramai dan menjadi warga korporat yang baik.

Nilai Teras

Masyarakat ialah pelanggan dan merupakan asas kepada penubuhan syarikat kami. Masyarakat juga merupakan kakitangan dan aset terbesar syarikat kami.

Pendekatan syarikat kami ialah bekerja secara positif menerusi penyertaan proaktif dan komunikasi secara terbuka.

Kami menawarkan produk-produk berkualiti kepada pelanggan pada harga yang berpatutan.

Kami menghormati kakitangan dan mengamalkan kerja berpasukan.

Kami memimpin dengan komitmen, integriti dan kecekapan.

Kami berusaha untuk mencapai kecemerlangan dengan memupuk budaya berkualiti di syarikat.

Kami menggalakkan, mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada kakitangan syarikat yang berprestasi cemerlang.