
Tanggungjawab Sosial Korporat
POPULAR komited dalam membawa perubahan positif kepada komuniti yang kami khidmati melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat, “POPULAR Prihatin”. Sepanjang tahun, kami melaksanakan pelbagai kempen berimpak tinggi yang menumpukan usaha kepada membantu golongan yang memerlukan, memperkasa bidang pendidikan serta memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat di seluruh Malaysia. Bersama para pelanggan, kami terus berusaha ke arah membina masa depan yang lebih baik dan sejahtera untuk semua.
Ramadan @ POPULAR
Kempen Ramadan @ POPULAR merupakan inisiatif tahunan yang diperkenalkan sejak tahun 2010 hasil perbincangan bersama wakil penerbit berhubung hasrat POPULAR untuk menyumbang kepada masyarakat. Kempen ini bertujuan menggalakkan budaya membaca dan amalan beramal sepanjang bulan Ramadan, serta mengajak pelanggan melakukan kebaikan melalui pembelian yang menyumbang kepada badan kebajikan terpilih di seluruh Malaysia. Sehingga kini, kempen ini telah berjaya menyalurkan sumbangan kepada 327 buah rumah kebajikan di seluruh negara.
Karnival Fiksyen @ POPULAR
Karnival Fiksyen @ POPULAR diperkenalkan pada tahun 2022 dan kini memasuki edisi ke-5. Inisiatif ini bertujuan memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda, sambil membimbing mereka ke arah masa depan yang lebih cerah. Melalui kempen ini, POPULAR terus menyokong komuniti sekolah di seluruh negara dengan memperluas akses kepada bahan bacaan yang berkualiti.
Sehingga kini, lebih daripada 400 perpustakaan sekolah telah menerima manfaat daripada inisiatif ini, dengan setiap sekolah terpilih menerima sumbangan buku bernilai RM3,000. Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen teguh POPULAR dalam memperkasa sumber pendidikan serta menggalakkan tabiat membaca dalam kalangan pelajar di seluruh negara.
Karnival Komik @ POPULAR
Sejak dilancarkan pada tahun 2020, Karnival Komik @ POPULAR kini telah memasuki tahun ke-5 dan telah memberi manfaat kepada lebih daripada 15,000 pelajar di seluruh negara. Inisiatif ini memberi tumpuan kepada sokongan terhadap golongan pelajar kurang berkemampuan dengan menyediakan alat tulis asas bagi membantu kelangsungan pembelajaran mereka.
Menerusi kempen ini, POPULAR berusaha untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih inklusif dan memperkasa, agar setiap pelajar dilengkapi dengan keperluan asas untuk belajar, berkembang dan mencapai kecemerlangan. Usaha ini sekali lagi mencerminkan komitmen kukuh POPULAR terhadap Pembangunan pendidikan serta pemerkasaan generasi muda.
Karnival Kanak-kanak @ POPULAR
Memasuki tahun ke-4 penganjurannya, Karnival Kanak-kanak @ POPULAR merupakan inisiatif tahunan yang diadakan pada penghujung tahun bagi memperkasa kanak-kanak serta memupuk minat membaca sejak usia awal. Kempen ini turut memberi sokongan kepada kanak-kanak kurang berkemampuan di Malaysia yang mengalami cabaran seperti akses terhad kepada makanan, penjagaan kesihatan, pendidikan dan bahan bacaan. Sehingga kini, inisiatif ini telah menyalurkan sumbangan kepada 12 buah organisasi bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara
Melalui inisiatif ini, POPULAR berhasrat untuk mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif dan menyokong, agar setiap kanak-kanak berpeluang untuk belajar, berkembang dan mencapai potensi diri. Kempen ini juga memainkan peranan dalam memupuk tabiat membaca yang positif serta menggalakkan pembelajaran awal dalam kalangan kanak-kanak.
Kempen Amal Membaca
“Kempen Amal Membaca” telah diperkenalkan pada tahun 2012 oleh Sin Chew Daily dengan sokongan POPULAR. Inisiatif ini bertujuan menyediakan bahan bacaan berkualiti kepada kanak-kanak di kawasan pedalaman, di samping memupuk tabiat membaca yang berterusan dalam kalangan masyarakat.
Setiap tahun, kedua-dua pihak bekerjasama menghasilkan barangan amal untuk dijual di BookFest @ Malaysia serta kedai-kedai buku POPULAR terpilih. Semua hasil jualan disalurkan sepenuhnya untuk pembelian buku bagi kanak-kanak kurang berkemampuan, selain memperkaya perpustakaan sekolah dan komuniti dengan bahan bacaan yang pelbagai serta bermakna.

























