Penyata Pemprosesan Data Peribadi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1300 88 6336

POPULAR Book Co. (M) Sdn Bhd (Co. No. 113825-W)



Selaras dengan pematuhan POPULAR untuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta"), POPULAR telah menguatkuasakan Penyata Pemprosesan Data Peribadi ("PPDP"). PPDP menetapkan dasar-dasar dan prosedur POPULAR berkenaan dengan data peribadi anda dan persetujuan anda dalam penggunaan dan pemprosesan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan di bawah.

Pada asasnya, "Data Peribadi" ertinya nama, umur, jantina, tarikh lahir, alamat, alamat e-mel, nombor telefon, foto, pendapat, komen, maklumat dan apa-apa maklumat peribadi atau pandangan / pendapat anda yang telah dan mungkin dikumpul, disusun, diproses dan dikekalkan dengan POPULAR dari semasa ke semasa dan "POPULAR " ertinya Popular Book Co. (Malaysia) Sdn. Bhd. dan / atau syarikat induk (Popular Holdings Limited), anak-anak syarikat, yang berkaitan dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan menggunakan atau boleh menggunakan jenama "POPULAR", tanpa mengira sama ada syarikat tersebut (syarikat) itu diperbadankan di dalam atau di luar Malaysia.

1. Mengumpul dan Memproses Data Peribadi

1.1 POPULAR akan memperolehi Data Peribadi anda apabila anda memberi Data Peribadi anda kepada POPULAR dalam apa-apa jua cara atau bentuk termasuk yang berhubungan dengan mana-mana langganan, pendaftaran dan/atau pertanyaan dibuat dengan POPULAR. POPULAR juga akan menerima dan menyimpan Data Peribadi anda apabila anda memasuki laman web dan / atau laman-laman web rangkaian sosial POPULAR.

2. Tujuan Pemprosesan

2.1 POPULAR boleh memproses dan menganalisis Data Peribadi anda sama ada secara individu atau kolektif dengan individu-individu lain uniuk memproses permohonan / borang anda, untuk berkomunikasi dengan anda, untuk tujuan pentadbiran, untuk memaklumkan apa-apa perubahan pada produk, barangan, kemudahan dan / atau perkhidmatan yang boleh mempengaruhi anda, untuk memasarkan dan mempromosikan produk-produk, barangan, kemudahan dan / atau perkhidmatan yang atau mungkin ditawarkan oleh POPULAR dari semasa ke semasa, dan untuk dapat tujuan-tujuan lain yang difikirpatut oleh POPULAR.

2.2 Pemberian Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang disenaraikan di atas adalah secara sukarela dan tanpa paksaan. Walau bagaimanapun, kegagalan anda untuk memberi Data Peribadi yang diminta atau apa-apa sekatan terhadap POPULAR untuk memproses Data Peribadi anda boleh mengakibatkan POPULAR tidak dapat memproses borang permohonan berkenaan dan tidak dapat menawarkan semua atau sebahagian produk, barangan, kemudahan dan / atau perkhidmatan yang dinyatakan di atas.

3. Pendedahan kepada Pihak Ketiga

3.1 Bagi tujuan yang dinyatakan di sini dan untuk memudahkan penyediaan pelbagai produk, barangan yang / atau perkhidmatan kepada anda, POPULAR boleh memindahkan Data Peribadi anda ke luar Malaysia dan boleh berkongsi Data Peribadi anda dengan: -

(a) Entiti-entiti lain di dalam POPULAR;
(b) Pembekal perkhidmatan pihak ketiga POPULAR;
(c) Mana-mana orang di bawah kewajipan sulit kepada POPULAR;
(d) Mana-mana penerima serah hak, penerima hakmilik, peserta atau sub-peserta kepada hak atau peniagaan POPULAR yang sah atau disarankan; dan
(e) Ahli-ahli keluarga terdekat anda dan / atau orang yang dihubungi ketika kecemasan sebagaimana yang dimaklumkan kepada POPULAR dari semasa ke semasa.

3.2 POPULAR juga mungkin berkongsi Data Peribadi anda jika diwajibkan oleh undang-undang atau jika pendedahan adalah perlu untuk mematuhi undang-undang, proses undang-undang atau pertanyaan daripada pihak berkuasa yang berkaitan.

4. Kuasa untuk Mengehadkan Pemprosesan

Anda boleh mengemukakan permintaan secara bertulis kepada POPULAR di No.8, Jalan 7/118B, Desa Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur (“Alamat”) sekiranya anda: -
(a) tidak ingin menerima apa-apa komunikasi pemasaran daripada POPULAR; atau
(b) ingin POPULAR menghentikan pemprosesan Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran, atau
(c) ingin mengubah cara POPULAR dibenarkan untuk memproses Data Peribadi anda.

5. Akses kepada Data Peribadi

5.1 Anda boleh memohon akses kepada dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda dengan mengemukakan permohonan secara bertulis kepada POPULAR di Alamat seperti di atas.

5.2 POPULAR mempunyai hak untuk: -
(a) menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda mengikut cara yang dinyatakan dalam Akta, seperti perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan ini kepada anda tidak setimpal dengan risiko kepada privasi anda atau di mana hak-hak pihak lain juga tergugat, antara sebab-sebab lain;
(b) menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda seperti yang dibenarkan di bawah Akta ini, termasuk di mana Data Peribadi anda sedang diproses oleh POPULAR dalam usaha untuk melaksanakan fungsi pengawalseliaan dan menyediakan akses kepada anda dan/atau hak untuk membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda yang mungkin akan memprejudiskan pelaksanaan fungsi-fungsi tersebut oleh POPULAR.

5.3 Walaupun akses diberikan kepada anda atau sebarang pembetulan/pengemaskinian Data Peribadi anda, PPDP ini adalah tetap sah dan berkuatkuasa pada setiap masa.

Nota:
(1) POPULAR berhak untuk menyemak semula PPDP ini dari semasa ke semasa disebabkan oleh perubahan undang-undang dan peraturan-peraturan dan anda dianggap telah bersetuju untuk perubahan itu jika anda meneruskan perhubungan anda dengan POPULAR tanpa sebarang bantahan.

(2) Sekiranya berlaku percanggahan antara versi Bahasa lnggeris dan versi lain untuk PPDP, versi Bahasa lnggeris akan dirujuk dan diguna pakai.