
I Could Give You the Moon: Ann Liang’s Rise as a Bestselling Romance Author
Mei 5, 2026
Editor’s Pick 编辑推荐
Mei 5, 2026
I Could Give You the Moon: Ann Liang’s Rise as a Bestselling Romance Author
Mei 5, 2026
Editor’s Pick 编辑推荐
Mei 5, 2026
Wanita Moden dan Dilema Perkahwinan: Antara Kerjaya, Keluarga dan Takut Kehilangan Diri — Bonda Umirah Kongsi Realiti
Teks | Larissa Lumandan
Foto | Bonda Umirah
Dalam hiruk-pikuk kehidupan moden, wanita pada hari ini tidak lagi sekadar berdepan persoalan klasik tentang cinta dan perkahwinan tetapi memikul satu dilema yang lebih kompleks, iaitu antara mempertahankan kerjaya atau mengorbankannya demi keluarga. Fenomena ini semakin ketara apabila banyak wanita mula menangguhkan malah menolak perkahwinan bukan kerana tidak percaya pada cinta tetapi takut akan kehilangan diri.
Perkongsian kaunselor dan penulis buku perkahwinan, Bonda Umirah membuka jendela yang jarang disingkap — ketakutan terbesar wanita kini bukanlah kesunyian tetapi kemungkinan ‘hilang segalanya’ selepas berkahwin. “Dalam konteks ini, persoalan yang timbul bukan lagi ‘siapa aku tanpa kerjaya?’ tetapi ‘bagaimana aku akan hidup jika perkahwinan gagal?” katanya dalam temu bual bersama-sama dengan POPClub. Namun demikian, seperti yang ditekankan dalam buku terbaharunya Seratus Surat Cinta Buat Isteri, persoalan ini tidak mempunyai jawapan tunggal.
“Setiap keputusan bergantung pada konteks dan keperluan sesebuah keluarga. Ada wanita yang memilih untuk terus bekerja kerana tuntutan ekonomi manakala ada wanita yang mengundurkan diri demi kepentingan anak-anak. Dalam kedua-dua keadaan, tiada pilihan yang lebih ‘betul’; yang ada hanyalah pilihan yang paling sesuai,” jelasnya.
Makna Baharu Kemajuan Wanita
Lebih menarik, pemenang tempat kedua POPULAR-BH Anugerah Pilihan Pembaca 2026 untuk buku Ibu Penat Tapi Ibu Sayang turut mengubah perspektif tentang makna ‘kemajuan’ seorang wanita. Dalam masyarakat yang mengukur kejayaan melalui pencapaian individu, wanita yang berhenti kerja sering dilihat sebagai ‘terhenti’. Namun begitu, beliau berpendapat bahawa kemajuan itu tidak hilang, sebaliknya beralih kepada dimensi yang lebih luas.
“Apabila seseorang wanita membuat pilihan untuk memberikan fokus kepada keluarga, kemajuan tersebut terpancar melalui perkembangan anak-anak, suami, dan kestabilan rumah tangga,” jelas figura inspirasi yang sering menyokong golongan ibu untuk mengimbangi kerjaya, perniagaan, dan keluarga.
Media Sosial dan Jarak Emosi
Pada masa yang sama, pengaruh media sosial turut memainkan peranan dalam membentuk persepsi terhadap perkahwinan. Dalam era yang mempamerkan pelbagai bentuk hubungan, wanita menjadi lebih berhati-hati ketika membuat keputusan. Beliau turut mengingatkan tentang kesan penggunaan media sosial yang tidak terkawal dalam institusi kekeluargaan.
“Sebenarnya, platform media sosial jika tidak digunakan dengan baik menjadi pembunuh nombor satu dalam rumah tangga pada masa ini. Kita hidup tanpa batasan dan komunikasi bukan lagi interaksi yang berlaku antara suami dengan isteri, sebaliknya lebih banyak dengan orang luar,” kata Bonda Umirah.
Kenyataan ini memperlihatkan satu realiti yang sangat membimbangkan pasangan dalam rumah tangga, iaitu keterbukaan komunikasi pada hari ini tidak semestinya menguatkan hubungan pasangan dalam perkahwinan bahkan menjauhkan pasangan sekiranya tidak diurus dengan bijak. Kesannya bukan cinta yang hilang tetapi persahabatan yang pudar menjadikan rumah tangga hambar dan pasangan tawar hati.
Perkahwinan sebagai Ruang Rundingan
Sehubungan dengan itu, kefahaman bahawa perkahwinan bukanlah medan pengorbanan sepihak, sebaliknya merupakan ruang rundingan, toleransi, dan strategi sangatlah penting bagi setiap pasangan. Menurut Bonda Umirah, konsep ‘biar lambat, asal selamat’ turut signifikan dalam usaha memastikan pemilihan pasangan yang tepat.
Bahtera perkahwinan kini semakin diuji oleh perubahan zaman. Oleh itu, bagi wanita yang sedang bergelut dengan cabaran sebagai seorang ibu dan isteri, buku Seratus Surat Cinta Buat Isteri karya Bonda Umirah merupakan naskhah yang wajar dijadikan panduan.

Seratus Surat Cinta Buat Isteri
Harga Asal:
RM49.00 (SEM) / RM52.00 (S&S)
Diskaun Ahli: 20%*










