Mystery Shopper Program

Kami menghargai sokongan dan kepercayaan anda kepada kami. Kami amat berbesar hati kerana anda antara pelanggan setia kami. Selain itu, kami memahami bahawa khidmat pelanggan yang berkualiti menjadi penyebab pelanggan setia kepada kami. Kami juga pasti sebagai pelanggan, anda ingin menikmati perkhidmatan yang terbaik setiap kali membeli-belah di mana-mana Kedai Buku POPULAR.
Sejak beberapa tahun yang lalu, Popular Book Co. (Malaysia) Sdn. Bhd. sentiasa cuba meneroka pelbagai cara ke arah menyediakan perkhidmatan terbaik untuk semua pelanggan kami.
Sebagai sebahagian daripada komitmen kami kepada pelanggan, kami ingin berkongsi perkembangan penting yang berkaitan dengan anda.
Saya pasti anda akan bersetuju bahawa kami tidak akan tahu apa-apa yang pelanggan inginkan melainkan POPULAR secara proaktif berusaha untuk memahami apa-apa yang pelanggan kami inginkan,
Bagaimanakah cara kami untuk berkhidmat dengan lebih baik?
Satu cara yang berkesan untuk "mendengar suara pelanggan" adalah melalui Pembeli Misteri. Dalam latihan biasa, Pembeli Misteri terlibat untuk menguji kakitangan dan menilai tahap perkhidmatan yang diberi.
Untuk memulakan program ini, proses pencarian Pembeli Misteri telah dianalisis dengan teliti dan kami percaya bahawa pelanggan akan menjadi orang yang paling sesuai untuk membantu kami dalam projek ini.
Jika anda berminat menjadi Pembeli Misteri untuk Popular Book Co. (Malaysia) Sdn. Bhd., butirannya adalah seperti berikut: -

Siapakah yang boleh menjadi Pembeli Misteri Popular?

Semua Pelanggan Popular Book Co. (Malaysia) Sdn. Bhd.

Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas (Pembeli akan dipilih secara rawak dan Syarikat berhak melantik sesiapa mengikut kesesuaian).

Pekerja atau bukan pekerja (cth. pelajar, suri rumah, guru, pesara, dll.)

Bukan ahli keluarga Kakitangan Popular yang sedia ada.

Apakah yang perlu dilakukan oleh Pembeli Misteri?


Bagaimanakah cara untuk menjadi Pembeli Misteri Popular?




*Terdapat 3 cara menjadi Pembeli Misteri Popular Book Co. (Malaysia) Sdn. Bhd., maklumat seperti di bawah: -

(a) Hantarkan borang pendaftaran yang lengkap secara dalam talian
(b) Lengkapkan, cetak Borang Pendaftaran dan faks ke 03-9179 6008
(c) Melalui kiriman e-mel di bawah: -
[email protected]

Apakah faedah menjadi Pembeli Misteri?
 

Percuma Baucar Hadiah Popular RM50 untuk setiap kedai yang diberikan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Terus mendapat perkhidmatan terbaik yang disediakan oleh Popular Book Co. (Malaysia) Sdn. Bhd.

Registration Form
Mystery Shopper Guideline

Hubungi