Garis Panduan Untuk Pembeli Misteri
(A) PEMILIHAN PEMBELI MISTERI
A.1 Pembeli Misteri akan dipilih secara bertulis, melalui e-mel.
A.2 Pembeli Misteri dikehendaki melawat kedai yang diberi, sepanjang tempoh yang ditetapkan.
A.3 Syarikat berhak untuk menamatkan Program Pembeli Misteri pada bila-bila masa tanpa sebarang penjelasan yang perlu.
A.4 Sebarang maklumat palsu yang disertakan dalam Borang Permohonan akan menyebabkan penamatan pemilihan Pembeli Misteri.
 
(B) LAWATAN & PENGENDALIAN TELEFON
B.1 Satu lawatan bagi setiap bulan ke kedai yang ditetapkan (sepanjang tempoh yang ditetapkan). Masa dan tarikh lawatan mengikut pertimbangan anda.
B.2 Pembeli Misteri dikehendaki membuat transaksi pembayaran (tiada had pembelian / tiada item tertentu) semasa lawatan. Semua pembelian yang dilakukan semasa latihan ini akan ditanggung oleh pembeli. Resit akan menjadi bukti lawatan.
B.3 Jangan dedahkan identiti anda sebagai Pembeli Misteri kepada mana-mana pekerja POPULAR. Sebaik sahaja identiti anda dikenal pasti, tugasan anda sebagai Pembeli Misteri mungkin ditamatkan.
B.4 Jangan bawa borang soal selidik (semasa pemerhatian anda) kerana ia mungkin akan mendedahkan identiti anda sebagai Pembeli Misteri.
B.5 Pembeli Misteri bertanggungjawab untuk membaca garis panduan soal selidik dengan teliti dan memahami aspek penilaian sebelum membuat lawatan. (Soal selidik dan garis panduan akan dilampirkan dalam e-mel pelantikan.)
B.6 Pembeli Misteri juga bertanggungjawab membuat audit panggilan telefon ke kedai yang ditetapkan sebagai sebahagian daripada Program Pembeli Misteri. Pembeli boleh membuat pertanyaan yang berlainan dan memberi maklum balas mengikut pengalaman pengendalian telefon.
 
(C) PENYERAHAN BORANG SOAL SELIDIK
C.1 Hantar maklum balas anda (borang soal selidik + resit) sebaik sahaja anda melengkapkan lawatan itu. Tarikh tutup adalah pada hari terakhir setiap bulan.
C.2 Syarikat mempunyai hak untuk menghentikan pemilihan Pembeli Misteri yang tidak mengemukakan maklum balas.
C.3 Tiada ganjaran yang akan diberikan untuk penyerahan yang lewat.

(D) GANJARAN BAUCAR
D.1 Anda akan diberi ganjaran Baucar Hadiah Popular sebanyak RM50 untuk satu penyerahan maklum balas bagi setiap kedai pada setiap bulan. (Sekiranya anda ditugaskan untuk melawat 2 kedai pada bulan yang sama, anda akan diberi ganjaran sebanyak RM100 untuk 2 penyerahan.)
D.2 Baucar akan diberikan pada bulan yang berikutnya.
D.3 Baucar akan dihantar melalui "Pos Daftar" ke alamat surat-menyurat anda. (Sila pastikan alamat tersebut dapat menerima mel dalam waktu bekerja.)

Sila hubungi kami di talian terus 03-91796009 atau e-mel kepada kami di [email protected] jika mempunyai sebarang pertanyaan.
 

Hubungi