Dasar Privasi

SYARAT & TERMA
POLISI PRIVASI ini menggambarkan bagaimana kami mengumpul dan memproses Data Peribadi anda melalui langganan keahlian atau penggunaan Platform kami (laman web, kedai dalam talian, dan aplikasi mudah alih), outlet runcit, perkhidmatan pelanggan atau pendaftaran untuk mana-mana produk dan/atau perkhidmatan (secara kolektif, "Produk dan Perkhidmatan") POPULAR dan entiti yang bergabungan atau berkaitan di dalam KUMPULAN SYARIKAT POPULAR yang berkongsi Polisi Perlindungan Data Peribadi POPULAR dan tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 yang mungkin berubah dari semasa ke semasa ("Akta"). Polisi privasi POPULAR terpakai kepada semua pelanggan kami, pengguna laman web, aplikasi mudah alih, dan semua pihak-pihak kontrak.

KEBENARAN ANDA
Dengan berinteraksi dengan kami, mengemukakan maklumat kepada kami, atau mendaftar untuk mana-mana Produk dan Perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami, anda bersetuju dan memberikan kebenaran kepada POPULAR (termasuk syarikat-syarikat yang berkaitan dan unit perniagaan) (secara kolektif, "Syarikat-syarikat"), serta wakil-wakil dan/atau ejennya yang berkaitan untuk mengumpul, menggunakan, mendedahkan, dan berkongsi di antara mereka Data Peribadi anda, serta mendedahkan Data Peribadi tersebut kepada pembekal perkhidmatan yang diberi kuasa oleh POPULAR dan pihak-pihak ketiga yang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.
Dasar Privasi ini melengkapkan tetapi tidak menggantikan sebarang kebenaran lain yang mungkin anda berikan kepada kami sebelum ini berkenaan dengan Data Peribadi anda, dan kebenaran anda di sini adalah tambahan kepada sebarang hak yang mungkin dimiliki oleh kami serta wakil-wakil dan/atau ejen kami di sisi undang-undang untuk mengumpul, menggunakan, atau mendedahkan Data Peribadi anda.

KOMITMEN POPULAR
Kami mengutamakan dan berhasrat kukuh untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda sentiasa dilindungi. Kami akan memastikan segala langkah-langkah dan pengaturan keselamatan yang munasabah diambil untuk mencegah sebarang akses, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan, pengubahan, atau pemusnahan Data Peribadi anda yang tidak sah. Jika perlu, kami akan memastikan bahawa setiap orang yang menerima Data Peribadi anda daripada kami telah bersetuju untuk mematuhi Dasar Privasi kami dan akan menggunakan segala usaha yang munasabah untuk memastikan pihak tersebut akan mematuhi Dasar Privasi tersebut. Walaubagaimanapun, kami tidak boleh bertanggungjawab kepada anda jika pihak tersebut gagal berbuat demikian.
Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk memastikan bahawa kami menguruskan, melindungi, dan memproses Data Peribadi anda dengan betul, kami mungkin akan dari semasa ke semasa mengemaskinikan Dasar Privasi ini bagi memastikan dasar ini selaras dengan perkembangan atau
perubahan masa depan atau keperluan undang-undang atau peraturan yang berubah. Tertakluk kepada sebarang hak yang mungkin anda ada di sisi undang-undang, anda bersetuju untuk terikat dengan terma terkini Dasar Privasi sebagaimana yang dikemaskini dari semasa ke semasa di laman web kami. Sila pastikan anda melawat laman web kami secara berkala untuk mendapatkan maklumat yang dikemaskini mengenai pengendalian Data Peribadi anda.

1. DATA PERIBADI

1.1 Dalam Polisi Privasi ini, data peribadi merujuk kepada sebarang data, sama ada benar atau tidak, mengenai individu yang boleh dikenalpasti (a) daripada data tersebut; atau (b) daripada data tersebut dan maklumat lain yang mungkin kami ada atau kemungkinan akan memiliki, termasuk data dalam rekod kami yang mungkin dikemaskini dari semasa ke semasa ("Data Peribadi").

1.2 Data Peribadi yang mungkin anda berikan kepada kami termasuk (bergantung pada jenis interaksi anda dengan kami), antara lain, nama, nombor NRIC, pasport atau nombor pengenalan lain atau maklumat, nombor telefon, alamat surat-menyurat, alamat e-mel, sejarah kredit, lokasi geografi, data rangkaian, rangkaian komputer, pengenal pastian peranti atau maklumat, dan sebarang maklumat lain yang berkaitan dengan individu yang anda berikan kepada kami dalam mana-mana borang yang dikemukakan kepada kami, atau melalui bentuk-bentuk interaksi lain dengan anda.

2. PENGUMPULAN DATA PERIBADI

2.1 Secara umumnya, kami mengumpul Data Peribadi dengan cara-cara berikut: -

2.1.1 apabila anda mengemukakan borang permohonan atau borang lain yang berkaitan dengan mana-mana Produk dan Perkhidmatan kami;

2.1.2 apabila anda berinteraksi dengan pegawai perkhidmatan pelanggan kami, sebagai contoh, melalui panggilan telefon, surat, mesyuarat bersemuka, e-mel atau media sosial;

2.1.3 apabila anda menggunakan sesetengah perkhidmatan kami, sebagai contoh, laman web termasuk menubuhkan akaun dalam talian dengan kami;

2.1.4 apabila anda membeli atau mendapatkan perkhidmatan pihak ketiga melalui kami;

2.1.5 apabila anda meminta agar kami menghubungi anda, disenaraikan di dalam sesuatu emel atau senarai mel lain;

2.1.6 apabila anda membalas mana-mana promosi kami, inisiatif atau sebarang permintaan untuk Data Peribadi tambahan;

2.1.7 apabila anda dihubungi oleh wakil pemasaran kami dan pegawai perkhidmatan pelanggan dan melayan atau membalas mereka;

2.1.8 apabila kami menerima rujukan daripada rakan kongsi perniagaan dan pihak ketiga (contohnya, jika anda dirujuk oleh mereka);

2.1.9 apabila kami mencari maklumat dari pihak ketiga tentang anda berkaitan dengan Produk dan/atau Perkhidmatan yang anda mohon; dan

2.1.10 apabila anda mengemukakan Data Peribadi anda kepada kami atas sebab-sebab lain, termasuk apabila anda menyatakan minat anda dalam mana-mana Produk dan Perkhidmatan kami.

2.2 Anda perlu memastikan semua Data Peribadi yang dihantar kepada kami adalah lengkap, betul, sahih, dan tepat. Kegagalan pihak anda untuk berbuat demikian boleh menyebabkan kami tidak dapat menyediakan anda dengan Produk dan Perkhidmatan yang diminta.

3. TUJUAN PENGUMPULAN, PENGGUNAAN, DAN PENDEDAHAN DATA PERIBADI ANDA

Perenggan ini menerangkan tujuan-tujuan bagi pengumpulan, penggunaan, dan pendedahan Data Peribadi anda.

3.1 Secara umumnya, kami mengumpul, menggunakan, dan mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut: -

3.1.1 untuk menjawab pertanyaan dan permintaan anda;

3.1.2 untuk menguruskan operasi pentadbiran dan perniagaan serta mematuhi dasar dan prosedur dalaman;

3.1.3 untuk memudahkan transaksi aset perniagaan (yang boleh melibatkan sebarang penggabungan, akuisisi atau penjualan aset) yang melibatkan mana-mana syarikat;

3.1.4 untuk memadankan mana-mana Data Peribadi yang berkaitan dengan anda bagi tujuan-tujuan yang terkandung dalam Dasar Privasi ini;

3.1.5 untuk menyelesaikan sesuatu aduan dan mengendalikan sesuatu permintaan atau pertanyaan;

3.1.6 untuk mencegah, mengesan dan menyiasat jenayah dan menganalisis serta menguruskan risiko-risiko perniagaan;

3.1.7 untuk menyediakan pengumuman media dan respons;

3.1.8 untuk memantau atau merakam panggilan telefon dan interaksi berhadapan pelanggan untuk jaminan kualiti, latihan kakitangan, penilaian prestasi dan tujuan pengesahan identiti;

3.1.9 untuk tujuan undang-undang (termasuk tetapi tidak terhad kepada mendapatkan nasihat undang-undang dan penyelesaian pertikaian);

3.1.10 untuk menjalankan penyiasatan berkaitan dengan pertikaian, pengebilan, aktiviti haram yang disyaki atau penipuan;

3.1.11 untuk memenuhi atau mematuhi mana-mana peraturan, undang-undang, peraturan, kod amalan atau garis panduan terpakai yang dikeluarkan oleh mana-mana badan undang - undang atau kawal selia yang mengikat kami (termasuk tetapi tidak terhad kepada menjawab aduan kawal selia, mendedahkan kepada badan kawal selia dan menjalankan pemeriksaan audit, usaha wajar dan penyiasatan); dan

3.1.12 untuk tujuan yang semunasabahnya berkaitan dengan mana-mana tujuan di atas dalam Klausa 3.1 ini atau untuk sebarang tujuan lain yang mungkin kami maklumkan kepada anda pada masa mendapatkan persetujuan anda.

3.2 Selain itu, jika anda merupakan pekerja organisasi yang merupakan pelanggan dan/atau pembekal POPULAR dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan, kami boleh mengumpul, menggunakan, dan mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut: -

3.2.1 membuka atau menyambungkan akaun dan membekalkan atau menyediakan anda dengan Produk dan Perkhidmatan yang anda langgani (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengaktifan perkhidmatan, operasi perkhidmatan, penghantaran perkhidmatan dan pemprosesan pesanan);

3.2.2 memudahkan penyinambungan atau penamatan langganan anda kepada Produk dan Perkhidmatan (termasuk tetapi tidak terhad kepada pentadbiran perjanjian langganan keahlian, penyelenggaraan akaun, penutupan akaun, pemprosesan pembaruan kontrak dan pengurusan hubungan pelanggan);

3.2.3 memudahkan operasi harian Produk dan Perkhidmatan (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengebilan, perkhidmatan pelanggan, pengesahan pelanggan, sokongan teknikal, penyelenggaraan rangkaian dan penyelesaian masalah);

3.2.4 memudahkan perkhidmatan pihak ketiga jika perkhidmatan tersebut dibeli, diperolehi, diuruskan atau diproses melalui kami;

3.2.5 mengurus dan melaksanakan perjanjian perkhidmatan kami (atau Jaminan Perkhidmatan Pelanggan) dengan anda jika ada;

3.2.6 pemprosesan arahan pembayaran, GIRO, kemudahan debit langsung dan/atau kemudahan kredit yang diminta oleh anda, jika berkenaan;

3.2.7 penguatkuasaan tanggungjawab pembayaran semula (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengutipan hutang, pengemukaan tuntutan dan pemulihan kerugian yang dialami oleh rakan perkhidmatan kami);

3.2.8 pentadbiran dan pemprosesan sebarang tuntutan insurans dan bayaran yang timbul di bawah polisi yang berkaitan;

3.2.9 pengurusan risiko kredit dan risiko dalaman (termasuk tetapi tidak terhad kepada melakukan semakan kredit dan pendedahan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang);

3.2.10 penghasilan laporan dalaman (termasuk tetapi tidak terhad kepada laporan tahunan, operasi dan pengurusan);

3.2.11 pemprosesan bayaran rujukan dan yuran komisen kepada rakan perniagaan luar kami;

3.2.12 berkongsi maklumat dengan Rakan Strategik kami ("Rakan Strategik" adalah organisasi yang berkongsi hubungan perniagaan rapat dengan kami) dalam bidang seperti kerjasama pemasaran;

3.2.13 pentadbiran bayaran yuran termasuk pemindaaan, pengembalian dan pengecualian bayaran;

3.2.14 memberitahu anda tentang hak anda di bawah mana-mana program kesetiaan dan ganjaran dengan kami;

3.2.15 menganalisis penggunaan Produk dan Perkhidmatan oleh anda untuk membantu kami memperbaiki, meninjau, mengembangkan dan menguruskan dengan cekap Produk dan Perkhidmatan yang ditawarkan kepada anda; dan

3.2.16 tujuan yang semunasabahnya berkaitan dengan mana-mana tujuan di atas dalam Klausa 3.2 ini atau untuk sebarang tujuan lain yang mungkin kami maklumkan kepada anda pada masa mendapatkan persetujuan anda.

4. PENDEDAHAN DATA PERIBADI

Perenggan ini menerangkan bagaimana Data Peribadi anda mungkin didedahkan oleh kami.

4.1 Menurut peruntukkan undang-undang yang berkenaan, Data Peribadi anda mungkin didedahkan kepada rakan kongsi kami, seperti vendor kami, pengiklan, dan pembekal perkhidmatan lain untuk tujuan-tujuan yang disenaraikan dalam Perenggan 3 di atas atau untuk sebarang tujuan yang dibenarkan di bawah undang-undang atau peraturan yang berkenaan, kepada pihak-pihak berikut:-

4.1.1 syarikat dan pekerja kami yang berkaitan untuk menyediakan kandungan, Produk dan Perkhidmatan kepada anda, menangani soalan dan permintaan anda berhubung
dengan akaun pelanggan anda, langganan dan pengaturan pengebilan dengan kami serta Perkhidmatan kami dan untuk mengaktifkan, menyahaktifkan, memasang, menyelenggara dan mengendalikan kami sistem dan/atau Perkhidmatan;

4.1.2 syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan insurans dan perundingan kepada kami;

4.1.3 ejen, kontraktor atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan operasi kepada kami, seperti perkhidmatan kurier, telekomunikasi, teknologi maklumat, pembayaran, pencetakan, bil, upah, pemprosesan, perkhidmatan teknikal, latihan, penyelidikan pasaran, pusat panggilan, keselamatan atau perkhidmatan lain;

4.1.4 vendor atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga berkaitan dengan promosi pemasaran dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami, Rakan Strategik kami, atau Rakan Utama kami;

4.1.5 kedai dan peruncit komersial berkaitan dengan penyediaan ganjaran dan faedah;

4.1.6 penyedia perkhidmatan telekomunikasi, kandungan atau lain-lain untuk memudahkan penyediaan kandungan atau perkhidmatan, atau untuk hubungan, interoperabiliti, operasi sistem dan penyelenggaraan dan bil antara penyedia perkhidmatan;

4.1.7 sebarang rakan perniagaan, pelabur, penerima pindah milik atau penerima serah hakmilik (sebenarnya atau bakal) untuk memudahkan transaksi harta perniagaan (termasuk sebarang penggabungan, akuisisi atau penjualan aset) yang melibatkan mana-mana Syarikat;

4.1.8 agensi pengutipan dan pengambilan semula berkaitan dengan penguatkuasaan tanggungjawab pembayaran semula hutang;

4.1.9 biro kredit untuk menyediakan laporan kredit atau penilaian kewangan;

4.1.10 bank luar, syarikat kad kredit dan pembekal perkhidmatan masing-masing;

4.1.11 penasihat profesional kami seperti juruaudit dan peguam;

4.1.12 pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan, badan berkanun atau pihak berkuasa undang-undang atau agensi penguatkuasa undang-undang untuk mematuhi mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan dan peraturan atau skim yang dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan; dan

4.1.13 mana-mana pihak lain yang anda memberi kebenaran kepada kami untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada mereka.

4.2 Dengan berbuat demikian, kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan ini atas dasar perlu-tahu. Akses kepada Data Peribadi anda hanya akan diberikan kepada mereka untuk tujuan melaksanakan fungsi-fungsi tersebut. Kami akan meminta pembekal perkhidmatan pihak ketiga ini memastikan Data Peribadi yang didedahkan kepada mereka dijaga kerahsiaan dan selamat. Pendedahan Data Peribadi anda mungkin melibatkan pemindahan Data Peribadi anda ke tempat-tempat di luar Malaysia, dan dengan memberikan kami Data Peribadi anda, anda bersetuju dengan pemindahan tersebut jika diperlukan.

4.3 Anda memahami bahawa penghantaran maklumat melalui internet tidak sepenuhnya selamat. Walaupun kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi Data Peribadi anda, kami tidak dapat menjamin keselamatan Data Peribadi anda yang dihantar ke laman web kami, perkhidmatan dalam talian dan aplikasi; sebarang penghantaran adalah atas risiko anda sendiri. Tambahan pula, kami tidak dapat menanggung tanggungjawab bagi sebarang penggunaan Data Peribadi anda oleh pihak ketiga yang sepenuhnya disebabkan oleh faktor-faktor di luar kawalan kami.

5. PENGGUNAAN COOKIES, PAUTAN LUAR DAN PLUGIN SOSIAL
Perenggan ini menerangkan penggunaan “cookies” di laman web kami.

5.1 Kami menggunakan “cookies” di laman web kami untuk tujuan-tujuan berikut: -

5.1.1 untuk membolehkan ciri-ciri dan fungsi tertentu pada laman web kami (contohnya, mengingati ID pengguna anda, pilihan saluran kegemaran, penyemakan dan keutamaan perkhidmatan lain);

5.1.2 untuk membina profil bagaimana anda dan pengguna lain menggunakan laman web kami;

5.1.3 untuk meningkatkan kecekapan laman web kami;

5.1.4 untuk menguruskan perkhidmatan kepada anda dan pengiklan; dan

5.1.5 untuk menetapkan statistik penggunaan.

5.2 Kami juga mungkin menggunakan “cookies” untuk tujuan pemasaran, untuk penyasaran pengguna kami dengan pengiklanan yang disesuaikan dengan minat mereka. Maklumat ini juga boleh dikongsi dengan pihak ketiga, seperti rangkaian pengiklanan.

5.3 Kebanyakan pelayar internet memberikan anda pilihan untuk mematikan pemprosesan “cookies” tetapi ini boleh menyebabkan kehilangan fungsi, menyekat penggunaan laman web kami, dan/atau menangguhkan atau mempengaruhi cara laman web kami beroperasi.

5.4 Iklan pada laman web kami mungkin disediakan oleh pengiklan pihak ketiga dan agensi mereka. Kami tidak mengawal pihak ketiga ini dan dasar “cookies” mereka. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tentang dasar “cookies” mereka, sila hubungi pengiklan pihak ketiga dan agensi mereka secara langsung atau lawati laman web mereka untuk maklumat lanjut.

5.5 Laman web kami, termasuk laman web, produk, perkhidmatan, atau aplikasi mudah alih lain yang dioperasikan oleh kami, mungkin dari semasa ke semasa, mengandungi pautan ke laman web luar. Kami mengesyorkan agar anda membaca dasar-dasar privasi laman web luar ini, kerana kami tidak bertanggungjawab terhadap dasar-dasar Privasi, kandungan, atau keselamatan laman web pihak ketiga yang dikaitkan dengan laman web
kami.

5.6 Platform kami mungkin menggunakan plugin sosial daripada pembekal yang biasanya merakam data mengenai anda dan memindahkan data tersebut ke server pembekal yang berkenaan. Anda boleh mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai skop, jenis, dan tujuan pemprosesan data serta hak dan pilihan tetapan/”settings” anda untuk melindungi privasi anda dalam notis perlindungan data pembekal yang berkenaan. Ini boleh diakses melalui laman web mereka yang berkenaan.

6. PEMBATALAN KEIZINAN, AKSES, PINDAAN ATAU PENGHAPUSAN DATA PERIBADI ANDA

6.1 Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini meminta akses kepada, meminta pindaan atau pemadaman Data Peribadi anda (tertakluk kepada pembayaran yuran, jika berkenaan), atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda oleh kami, mengikut mana-mana yang berkenaan, tertakluk kepada pengecualian dan sekatan yang mungkin terkandung di bawah undang-undang yang terpakai. Jika anda ingin berbuat demikian, sila hubungi:

Popular Malaysia Khidmat Pelanggan Talian Pertanyaan: 1 300 88 6336
Popular Malaysia Khidmat Pelanggan E-mel: [email protected]
Popular Online Malaysia Khidmat Pelanggan Talian Pertanyaan: 03-8961 0048/03-8961 0131/
03-8964 1618
Popular Online Malaysia Khidmat Pelanggan E-mel: [email protected]
Alamat: No. 8, Jalan 7/118B, Desa Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Laman web keahlian:
www.popular.com.my/popularcard.php / https://www.popularonline.com.my/default/catalog/category/view/id/7/
Klik pada 'MY ACCOUNT', pergi ke tab “Account information” dan ikuti arahan: www.popularonline.com.my/default/customer/account/edit/

Anda juga boleh menghubungi kami melalui butiran di atas jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan Data Peribadi anda yang diberikan kepada kami.

Kami akan memproses permintaan sedemikian dalam masa yang munasabah. Data Peribadi anda tidak akan dikumpul, digunakan atau didedahkan, kecuali untuk pematuhan, peraturan atau tujuan undang-undang lain.

Sila ambil perhatian bahawa kami mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan pada Data Peribadi anda setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai.

6.2 Harap maklum bahawa setelah kami menerima pengesahan bahawa anda ingin menarik balik persetujuan anda untuk bahan-bahan pemasaran atau komunikasi promosi, kami mungkin mengambil masa sehingga tiga puluh (30) hari bekerja bagi penarikan anda itu untuk dipaparkan dalam sistem kami. Pada masa yang sama, anda mungkin masih menerima bahan-bahan pemasaran atau komunikasi promosi daripada kami. Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda menarik balik persetujuan anda untuk menerima bahan-bahan pemasaran atau promosi, kami masih boleh menghubungi anda untuk tujuan lain yang berkaitan dengan Produk dan Perkhidmatan yang anda pegang atau telah melanggan dengan kami.

6.3 Sila ambil perhatian bahawa jika Data Peribadi anda telah diberikan kepada kami oleh pihak ketiga (contoh perujuk), anda harus menghubungi organisasi atau individu tersebut untuk membuat pertanyaan, aduan, dan permintaan akses dan pembetulan kepada kami bagi pihak anda.

6.4 Jika anda menarik balik persetujuan anda terhadap sebarang atau semua penggunaan Data Peribadi anda, bergantung kepada permintaan anda, kami mungkin tidak dapat terus menyediakan Produk dan Perkhidmatan kepada anda atau mentadbir sebarang hubungan kontrak yang sedia ada, yang mungkin mengakibatkan penamatan sebarang perjanjian yang anda miliki dengan kami dan menyebabkan anda melanggar kewajipan atau janji kontrak anda. Hak dan remedi undang-undang POPULAR dalam keadaan demikian adalah dengan jelas terpelihara.

6.5 Kami boleh menyimpan data peribadi anda selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan di mana ia dikumpulkan atau sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan.

7. UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN
Dasar Privasi ini dan penggunaan laman web ini oleh anda tertakluk di bawah undang-undang Malaysia.

8. PENGEMASKINI DASAR PRIVASI POPULAR
Kami boleh meminda/menyelaraskan/menyemak semula dasar privasi ini dari semasa ke semasa dan meletakkannya di laman web kami. Kami menasihatkan anda menyemak dasar ini secara berkala.

DALAM KEADAAN PERBEZAAN ATAU KETIDAKSELARASAN ANTARA VERSI BAHASA INGGERIS DAN VERSI BAHASA MALAYSIA DASAR PRIVASI INI, VERSI BAHASA INGGERIS AKAN DIGUNA PAKAI




​Dikemaskini pada Mei 2024

Hubungi