Buku Bahasa Melayu
Pilihan POPULAR
Category
   
LELAKI YANG KUPINTA
EAN No : 9789672116998

Author : NIA QURRATUN’AINI

RM 25.00 (WM)
RM 28.00 (EM)
Member : Rebate 20%
Promotion Period : 2 Oct ~ 3 Dec 2020
Summary:
Ada satu rahsia yang kupinta daripada Tuhan.
Lalu, Dia berikan kau sebagai jawapan.
Hadi Muqri dan Suria Aqilah, berkawan baik sejak kecil lagi. Tapi, takkan kawan saja? Salah sorang langsung tak ada rasa cinta?
Mestilah ada.
Perasaan cinta itu, Hadi yang rasakan. Bila dia luahkan, Suria letak Hadi dalam friend zone. Bila dah kena friend zone, Hadi ambil keputusan untuk move on. Setelah tujuh tahun berlalu, Hadi dan Suria bertemu semula.
“Kenapa kau tak kahwin lagi?”
“Belum sampai jodoh. Aku sibuk dengan kerja kat galeri tu.”
“Ke... kau cari lelaki macam aku? Lelaki macam aku memang tak ada lagi. Ada satu aje dalam dunia ni.”
Bila Hadi cakap macam itu, Suria terdiam. Hati dia pula yang berdebar-debar. Jadi, betullah kata-kata keramat itu. Lelaki dan perempuan memang tiada istilah kawan baik.
Mak Hadi dan Datuk Afia ambil keputusan untuk jodohkan mereka. Dua-dua angguk setuju. Suria sangka dia kenal siapa Hadi. Tapi, bila sudah duduk sebumbung, Hadi jadi lelaki paling romantik dalam dunia ini.
“Apa fungsi mulut selain makan dengan minum?”
“Fung... fungsi lain? Bercakap.”
“Ada satu lagi fungsi yang lain. Awak tahu?”
Hadi punya sisi lain lagi yang Suria tidak tahu. Selain rasa cinta setiap kali memandang Suria, ada perasaan bersalah turut menghuni hati Hadi. Dia pendam rahsia itu selama 21 tahun.
< BACK
Hubungi